Anjing Pomerania
Anjing Pomerania

Anjing Pomerania

Anjing Pomerania (Bahasa Inggeris: Pomeranian dog) ialah satu baka anjing jenis spits, dinamai sempena wilayah Pomerania di Eropah Tengah (kini sebahagian Poland utara dan Jerman timur). Dikelaskan sebagai baka anjing mainan kerana saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, secara tertentu spits Jerman. Ia telah ditentukan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai sebahagian daripada baka spits Jerman, dan di banyak negara, ia dikenali sebagai spits kerdil (Bahasa Jerman: Zwergspitz; Bahasa Inggeris: dwarf spitz).Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria mempunyai seekor anjing Pomerania kecil dan maka keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Secara keseluruhan, anjing Pomerania ialah anjing tegap dan sihat. Isu kesihatan paling biasa ialah tempurung lutut terkehel. Keruntuhan tenggorokan juga boleh menjadi isu. Lebih jarang, baka ini boleh menghidap satu keadaan kulit dikenali sebagai "penyakit kulit hitam", atau alopesia eks. Ini ialah penyakiit genetik yang menyebabkan kulit anjing menghitam dan kehilangan semua atau kebanyakan bulunya.[1] Setakat 2013, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak 1998, baka ini telah ditempatkan sesama dua puluh baka kedua paling popular teratas di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.

Anjing Pomerania

NZKC Mainan
Negara asal Jerman
(Jerman timur laut dan Poland barat laut kini)
Nama ringkas Pompom
Pom
TraitJangka hayat
Trait
Jangka hayat12–16 tahun
UKC Baka Teman
FCI Kumpulan 5 Seksyen 49 #97
Pengelasan dan piawaianFCIAKCANKCCKCKC (UK)NZKCUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 5 Seksyen 49 #97(Piawaian)
AKCMainan(Piawaian)
ANKCKumpulan 1 (Mainan)(Piawaian)
CKCKumpulan 5 (Mainan)(Piawaian)
KC (UK)Mainan(Piawaian)
NZKCMainan(Piawaian)
UKCBaka Teman(Piawaian)
Jangka hayat 12–16 tahun
KC (UK) Mainan
AKC Mainan
CKC Kumpulan 5 (Mainan)
ANKC Kumpulan 1 (Mainan)
Nama lain Spits Jerman
Spits kerdil
Pom
Zwers